Saya Perlukan Jawapan!Online version
by Teacher e-MIGGeo
Ali sedang bermain layang-layang di taman. Dia melihat sudut antara tali layang-layang dengan tanah ialah 45°. Apakah jenis sudut yang berada antara tanah dengan layang-layang?
Petunjuk
45° ialah sudut yang lebih kecil daripada sudut tegak L.
Bermula dengan huruf 'T'
Siti melukis dua garis lurus pada kertas lukisan. Dia memastikan kedua-dua garis itu tidak akan bertemu walaupun dilanjutkan. Apakah jenis garis yang dilukis oleh Siti?
Petunjuk
jarak antara kedua-dua garis adalah sama.
hanya terdapat 2 jenis garis yang kita pelajari, iaitu garis selari dan garis serenjang.
Di sebuah taman permainan, tiang bendera berdiri tegak di atas tanah. Apakah jenis garis antara tiang bendera dan permukaan tanah?
Petunjuk
sudut antara tiang bendera dan permukaan tanah ialah sudut tegak / 90°
bermula dengan huruf s dan berakhir dengan g.
Puan Lina ingin memasang pagar di sekeliling taman berbentuk segi empat tepat. Panjang taman ialah 12 meter dan lebarnya ialah 8 meter. Berapakah panjang pagar yang diperlukan?
Petunjuk
Perimeter
Ukur semua sisi
Formula perimeter = segi empat tepat = 2 × (Panjang + Lebar)
Ali membeli sehelai tikar berbentuk segi empat tepat untuk biliknya. Panjang tikar ialah 5 meter dan lebarnya ialah 3 meter. Berapakah luas tikar tersebut?
Petunjuk
Kira luas tikar = Panjang × Lebar
Unit luas ialah meter persegi
Pakcik Amran membeli sebuah kotak berbentuk kuboid mempunyai panjang 10 cm, lebar 6 cm, dan tinggi 4 cm untuk mengemas baju-baju lamanya. Berapakah isipadu kotak tersebut?
Petunjuk
Isipadu kuboid = Panjang × Lebar × Tinggi
Isipadu kotak tersebut ialah ___ cm padu.
Jam dinding menunjukkan pukul 3. Apakah sudut yang terbentuk antara jarum jam dan jarum minit?
Petunjuk
Sudut antara jarum jam dan jarum minit pada pukul 3 ialah 90°.
Sudut berbentuk L
Atikah ingin menjahit renda di sekeliling sapu tangan berbentuk segi empat sama. Panjang satu sisi sapu tangan ialah 25 cm. Berapakah panjang renda yang diperlukan?
Petunjuk
Cari perimeter sapu tangan
Segi empat sama = semua sisi sama panjang
Encik Falah ingin mengecat dinding berbentuk segi empat tepat di ruang tamunya. Panjang dinding ialah 6 meter dan tingginya ialah 4 meter. Berapakah luas dinding yang perlu dicat?
Petunjuk
Luas segi empat tepat = Panjang × Tinggi
Luas menggunakan unit 'persegi' di akhir jawapan.
Sebuah akuarium berbentuk kuboid mempunyai panjang 50 cm, lebar 40 cm, dan tinggi 30 cm. Berapakah isipadu air yang boleh diisi dalam akuarium tersebut?
Petunjuk
Isipadu kuboid = Panjang × Lebar × Tinggi
Isipadu menggunakan unit 'padu' di akhir jawapan.
Jawapan = __ cm x __ cm x __ cm = __ cm padu