New Activity
Play Quiz
1. 
Guru besar menyuruh para pelajar berkumpul di dewan kerana ada _______________ (umum) yang akan dibuat.
A.
pengumuman
B.
perumuman
2. 
Berkat ketekunannya mengkaji pelajarannya, Salmi telah lulus dengan cemerlang dalam _______________ (periksa) itu.
A.
peperiksaan
B.
pemeriksaan
3. 
Pada zaman _______________ (perintah) Jepun, ramai bangsa Cina yang telah dibunuh dengan kejam.
A.
pemerintahan
B.
peperintahan
4. 
Bapanya bekerja sebagai buruh di sebuah _______________ (labuh) untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
A.
perlabuhan
B.
pelabuhan
5. 
Pengerusi majlis itu sedang memberi taklimat dan _______________ (terang) kepada para hadirin.
A.
penerangan
B.
perterangan
6. 
Kita haruslah menghargai segala _______________ (korban) ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.
A.
perkorbanan
B.
pengorbanan
7. 
_______________ (pilih) ahli jawatankuasa untuk tahun hadapan telah bermula sejak pagi tadi.
A.
perpilihan
B.
pemilihan
8. 
Masalah _______________ (angkut) awam di kawasan perumahan itu perlu diatasi dengan segera.
A.
perangkutan
B.
pengangkutan
9. 
Kita harus mendapatkan _______________ (sah) daripada pihak atasan sebelum projek tersebut dapat dijalankan.
A.
pesahan
B.
pengesahan
10. 
Dalam _______________ (adu) tentang satu pergaduhan itu, Azmi tidak berpihak kepada sesiapa pun.
A.
pengaduan
B.
peraduan
11. 
_______________ (selisih) faham itu dapat diselesaikan akhirnya apabila salah seorang daripada mereka mengalah.
A.
perselisihan
B.
penyelisihan
12. 
Kita perlu mendapatkan _______________ (lindung) dalam apa jua aspek kehidupan.
A.
perlindungan
B.
pelindungan