Froggy Jumps Latihan Kata Ganda PenuhOnline version Bahasa Melayu Tahun 3 by Fatin Nabilah 1 Negara kita akan menjadi huru-hara kalau rakyatnya tidak mematuhi ___. a ikrar-ikrar b rukun-rukun c undang-undang 2 Beruang sarkas itu ___ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan. a cuba-cuba b ikut-ikut c pura-pura 3 Bukankah laluan itu untuk ___ kaki sahaja? a pekerja-pekerja b pejalan-pejalan c pemimpin-pemimpin 4 Kaki ibu ___ kerana terlalu lama duduk bersila. a gatal-gatal b luka-luka c semut-semut 5 ___ boleh bercahaya pada waktu malam. a Jentik-jentik b Kunang-kunang c Anai-anai 6 Pada waktu petang, Asmah selalu menolong ibunya menyapu ___ yang gugur di halaman rumahnya. a daun-daun b pokok-pokok c kayu-kayan 7 Ali menyimpan ___ tulisnya di dalam laci a barang-barang b bahan-bahan c alat-alat 8 Amirah mula rasa takut kerana ada ___ yang melihatnya semasa berjalan pulang ke rumah. a rajin-rajin b mata-mata c bunyi-bunyi 9 Ibu menasihati abang untuk belajar ___ sehingga berjaya dalam pelajaran a rajin-rajin b malas-malas c suka-suka 10 Meja segi empat terletak di ___ kelas tahun Lima Alfa a tengah-tengah b kuat-kuat c jalan-jalan 11 Lobak merah boleh dimakan ___ kerana mempunyai khasiat yang tinggi. a muda-muda b bulat-bulat c mentah-mentah 12 Adik menepuk tapak tangannya __ apabila terdengar lagu kesukaannya. a kuat-kuat b cepat-cepat c laju-laju 13 "Selamat pagi ___ yang dihormati sekalian, " kata Aiman kepada para pegawai yang hadir ke mesyuarat itu. a murid-murid b tuan-tuan c pemimpin-pemimpin 14 Bilik itu terdapat banyak sarang ___ a rama-rama b labah-labah c kupu-kupu 15 Air yang bertakung itu terdapat banyak ___. a jentik-jentik b kunang-kunang c kumbang-kumbang