Froggy Jumps Kuiz BAB 4 Tingkatan 4Online version Uji pengetahuan anda tentang Teknologi Hijau dalam sains tingkatan 4! by ROSNANI BINTI BAHARUDDIN KPM-Guru 1 Antara yang berikut, yang manakah tujuan tindakan menghasilkan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2021 daripada sisa elektronik dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Hijau? a Menjimatkan kos pembuatan b Mengurangkan kesan rumah hijau c Mengurangkan penggunaan bahan-bahan berbahaya 2 Apakah bahan yang menjadi penyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa? a Kertas b Kompos c Arang batu 3 Berdasarkan Rajah, apakah aktiviti yang mengimbangkan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan? a Kitar semula b Pembakaran terbuka c Pembuangan sisa makanan 4 Pembakaran hutan dalam aktiviti pertanian menyebabkan peningkatan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global. Apakah contoh gas rumah hijau yang menyumbang kepada situasi di atas? a Oksigen b Karbon dioksida c Nitrogen dioksida 5 Penggunaan meluas sumber bahan api fosil dalam bidang industri pembuatan dan pengangkutan. Antara berikut, yang manakah kesan isu tersebut kepada alam sekitar? a Meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida ke udara b Hidupan terdedah kepada radiasi berbahaya c Pemanasan global dan perubahan iklim 6 Apakah maksud Teknologi Hijau? a Aplikasi dan produk serta sistem yang boleh memelihara alam sekitar. b Aplikasi dan produk serta sistem yang boleh menjimatkan masa. c Aplikasi dan produk serta sistem yang membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat 7 Berdasarkan Rajah, apakah diwakili oleh X? a Motorsikal b Kereta c Basikal 8 Antara yang berikut, yang manakah kelebihan penggunaan label tersebut dalam amalan Teknologi Hijau? a Penjimatan sumber tenaga dapat dipertingkatkan b Peralatan elektrik itu lebih berkualiti dan tahan lama c Penggunaan sumber tenaga alternatif meningkat 9 Apakah sektor dalam Teknologi Hijau yang ditunjukkan dalam rajah tersebut? a Tenaga b Bangunan c Pengangkutan 10 Apakah kelebihan penggunaan kenderaan ini bagi menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga? a Tidak menghasilkan gas rumah hijau b Menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya c Menggunakan sumber tenaga bersih seperti solar 11 Antara berikut, yang manakah alasan yang paling baik untuk hutan dikenali sebagai 'peparu bumi'? a Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis b Hutan merupakan kawasan tadahan hujan c Banyak sumber semulajadi yang diperoleh daripada hutan 12 Antara yang berikut, gas yang manakah menyebabkan kesan tersebut? a Hidrogen b Sulfur dioksida c Nitrogen 13 Berdasarkan rajah, bahan yang manakah boleh menggantikan bahan X untuk menghasilkan bahan api bio? a Petrol b Sisa tanaman c Lemak haiwan 14 Sektor pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada fenomena peningkatan suhu Bumi secara mendadak. Apakah kelebihan aplikasi Teknologi Hijau tersebut? a Mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida b Meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida c Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida 15 Pada pendapat anda, apakah kepentingan jerami gulung dalam sektor pertanian kepada petani? a Pencemaran udara akibat pcmbakaran jerami dapat dihentikan. b Jerami boleh dijual kepada pasaran pembungkusan terbiodegradasi. c Petani tidak perlu lagi membakar jerami selepas musim menuai. 16 Pembakaran hutan dalam aktiviti pertanian menyebabkan peningkatan gas rumah hijau dan seterusnya mengakibatkan pemanasan global. Apakah contoh gas rumah hijau yang menyumbang kepada situasi di atas? a Nitrogen dioksida b Hidrogen c Karbon dioksida 17 Apakah kaedah terbaik untuk pengurusan longgokan sisa dalam rajah supaya tidak menjadi tempat pembiakan vektor? a Diproses dan dijadikan baja kompos b Bakar sampah c Sebagai makanan ternakan 18 Apakah A dan B? a A. Pejalan kaki B. Kenderaan individu b A. Kenderaan individu B. Pejalan kaki c A. Motosikal B. Pejalan kaki 19 Apakah maksud jejak karbon? a Produk yang memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar b Jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera hasil daripada aktiviti manusia c Biojisim yang membantu mengurangkan karbon dioksida dalam udara 20 Apakah sektor yang berkaitan dengan isu hujan asid, pembebasan gas rumah hijau dan penggunaan petroleum? a Sektor pengangkutan b Sektor pertanian dan perhutanan c Sektor pengurusan sisa dan air sisa 21 Apakah kebaikan utama pengangkutan dalam Rajah? a Menjimatkan sumber tenaga b Mampu bergerak dengan lebih jauh c Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau 22 Antara yang berikut, yang manakah punca kejadian hakisan tanah, banjir kilat dan kemusnahan habitat? a Pembuangan sisa b Penyahutanan c Pembakaran terbuka