Cikgu Aishah
Selamat sejahtera, murid-murid. Esok cikgu akan mengajar tentang tajuk simpulan bahasa. Kamu tahu apa maksud simpulan bahasa?
Qayder
Saya rasa simpulan bahasa ialah gabungan dua perkataan yang ada maksud tersirat, betul cikgu?
Cikgu Aishah
Ya, betul Qayder. Simpulan bahasa tidak boleh difahami secara langsung. Contohnya, “ringan tangan.” Qayder, apa kamu faham tentang ringan tangan?
Qayder
Maksudnya suka memukul orang ke, cikgu?
Cikgu Aishah
Bukan, itu salah faham yang biasa berlaku dalam konteks penggunaan ayat. Ringan tangan sebenarnya bermaksud suka membantu atau rajin. Contohnya, “Ali ringan tangan membantu ibunya memasak.”
Asyala
Oh, jadi maksudnya rajin tolong orang ya cikgu?
Cikgu Aishah
Tepat sekali, Asyala! Sekarang, cikgu beri contoh lain, “besar hati.” Apakah maksudnya?
Asyala
Besar hati… maksudnya bangga atau gembira?
Cikgu Aishah
Bagus! Contohnya, “Saya berasa besar hati apabila cikgu memuji saya.”
Qayder, boleh buat satu ayat simpulan bahasa besar hati?
Qayder
Saya besar hati kerana ayah menghadiahkan saya basikal baharu.
Cikgu Aishah
Bagus! Sekarang simpulan bahasa terakhir, “tulang belakang.” Asyala, apa maksudnya?
Asyala
Tulang belakang? Err… bahagian badan?
Cikgu Aishah
Dalam simpulan bahasa, tulang belakang bermaksud orang yang menjadi penyokong atau pemberi semangat. Contohnya, “Ibu saya adalah tulang belakang keluarga kami.”
Asyala
Ohh, jadi maksudnya orang yang banyak membantu dan menyokong?
Cikgu Aishah
Ya, pintar sekali. Jadi hari ini kita belajar tiga simpulan bahasa:
Ringan tangan, besar hati, dan tulang belakang.
Cikgu Aishah
Ingat, gunakan simpulan bahasa ini untuk mencantikkan ayat dan karangan kamu. Syabas!