Froggy Jumps Latihan Pengukuhan Latar belakang Masyarakat Arab sebelum kedatangan IslamOnline version Latar belakang Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam by airine sumiko 1 Apakah kesan terhadap masyarakat Arab selepas keruntuhan Empangan Maarib? a Taraf hidup rakyat semakin baik b Ekonomi semakin maju dan moden c Kemerosotan ekonomi dan menjejaskan kehidupan sosial 2 Apakah maksud jahala? a Daif b Jahil c Kejam 3 Nyatakan dua golongan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. a Golongan Badwi dan Golongan Hadari b Golongan Firaun dan Golongan Nabi c Golongan Sami dan Golongan Pendeta 4 Apakah sistem politik yang diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam? a Sistem Demokrasi b Sistem Kabilah c Sistem Beraja 5 Nyatakan ciri-ciri kepimpinan ketua kabilah dalam masyarakat Jahiliah. a Diwarisi daripada keluarga diraja b Dilantik melalui undian rakyat c Mesti disukai ahli kabilah, berani, matang dan pandai berpidato 6 Apakah aktiviti ekonomi utama masyarakat Jahiliah? a Pertanian dan perdagangan b Perindustrian c Perlombongan 7 Apakah peranan kafilah dalam ekonomi masyarakat Jahiliah? a Mengumpulkan cukai daripada penduduk b Membawa barang dagangan merentasi padang pasir c Menjalankan perdagangan laut ke Afrika 8 Apakah agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Jahiliah? a Kepercayaan animisme dan khurafat b Agama Islam dan Budhha c Agama Hindu dan Kristian 9 Bagaimanakah kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Jahiliah? a Mempunyai kedudukan yang tinggi b Dipandang rendah c Memberi penghormatan kepada kaum wanita 10 Apakah contoh amalan baik yang diamalkan oleh golongan masyarakat Jahiliah? a Rajin dan bertanggungjawab b Memberi layanan yang baik kepada kaum wanita c Menepati janji dan gigih