Froggy Jumps POLA AYAT- TATABAHASA BAHASA MELAYU TINGKATAN 1Online version "Selamat datang ke aktiviti interaktif kita hari ini! Dalam aktiviti ini, anda akan bermain satu permainan yang menarik dan menyeronokkan bernama 'Katak Lompat', menggunakan platform EducaPlay. Permainan ini adalah berbentuk kuiz yang direka khas untuk menguji dan mengukuhkan pemahaman anda tentang pola ayat dalam Bahasa Melayu. Setiap soalan kuiz akan dipaparkan pada skrin, dan anda perlu menjawab soalan tersebut dengan tepat untuk membantu katak melompat dari satu platform ke platform yang lain. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan murid dapat mengkategorikan dan memahami jenis pola ayat dengan lebih baik melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Semoga berjaya dan selamat berseronok! by Maizatul Mazlan 1 Permainan tradisional merupakan cerminan seni budaya sesuatu bangsa. a FN + FN b FN + FK c FN + FA 2 Permainan anjung biasanya menggunakan kawasan dalam rumah atau halaman. a FN + FSN b FN + FN c FN + FK 3 Budak lelaki itu sedang bermain congkak a FN + FN b FN + FK c FN + FSN 4 Permainan wau ialah permainan laman yang perlu dimainkan di padang. a FN + FN b FN + FSN c FN + FK 5 Permainan tradisional sangat bermanfaat kepada kanak-kanak. a FN + FK b FN + FA c FN +FSN 6 Permainan congkak popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan. a FN + FN b FN + FK c FN +FA 7 Wau diperbuat daripada kertas dan buluh. a FN +FN b FN + FSN c FN + FK 8 Wau bulan kelihatan cantik di langit. a FN + FSN b FN + FK c FN + FA 9 Permainan ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. a FN + FK b FN + FN c FN + FA 10 Pemain mestilah bijak mengira jumlah batu seremban. a FN + FN b FN + FA c FN + FK 11 Pemain perlu bergerak dengan lincah dan aktif semasa bermain. a FN + FK b FN + FA c FN + FSN 12 Aktiviti bermain wau merupakan aktiviti yang sihat. a FN + FK b FN + FN c FN + FSN