Quiz Ayat Tunggal dan Ayat MajmukOnline version Uji pengetahuan anda tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dalam Bahasa Melayu dengan permainan ini! by NUR SITI KHADIJAH BINTI MOHD ZAKI IPG-Pelajar 1 Apakah definisi ayat tunggal? a Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat b Ayat yang mengandungi dua subjek c Ayat yang panjang d Ayat yang mengandungi lebih dari satu makna 2 Apakah contoh ayat tunggal? a Ani suka makan durian. b Dia pergi ke sekolah dengan bas. c Kucing hitam itu comel dan suka bermain. d Rumah di tepi sungai itu indah dan besar. 3 Apakah definisi ayat majmuk? a Ayat yang pendek b Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat yang dicantumkan. c Ayat yang hanya mengandungi satu kata d Ayat yang tidak jelas 4 Apakah contoh ayat majmuk? a Kucing itu suka tidur di bawah pokok. b Dia suka makan nasi lemak. c Ani menonton televisyen di rumah. d Ali pergi ke pasar dan membeli buah-buahan. 5 Berapakah kumpulan kata dalam ayat tunggal? a Tiga b Dua c Satu d Empat 6 Berapakah kumpulan kata dalam ayat majmuk? a Dua atau lebih b Satu c Tiga d Empat 7 Ayat 'Dia suka makan nasi lemak' merupakan ayat... a Tak tentu b Majmuk c Bercampur d Tunggal 8 Ayat 'Ali pergi ke sekolah dan belajar dengan rajin' merupakan ayat... a Majmuk b Tak tentu c Tunggal d Bercampur 9 Ayat yang mempunyai kata hubung merupakan ayat..... a Ayat tunggal b Ayat majmuk c Ayat hubung d Ayat biasa 10 Ayat manakah yang menggunakan kata hubung dengan betul? a Semua anak ialah permata b Kita hendaklah menghormati ibu bapa c Kita hendaklah menghormati guru d Ali dan Abu sering mendapat keputusan yang cemerlang 11 Apakah contoh kata hubung yang betul? a di, ke, untuk b demi, dalam, itu c dan, sambil, lalu d lalu, sambil, ini 12 Pilih ayat majmuk yang menggunakan kata hubung yang betul a Ibu menyapu sampah sambil mendengar lagu b Cikgu Siti memakai baju batik baru c Adik suka menangis teresak-esak d Kucing itu sangat comel tetapi baik 13 Apakah kegunaan kata hubung? a Digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk b Digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih ayat tunggal c Digunakan untuk menghubungkan subjek d Digunakan untuk menghubungkan predikat 14 Ayah sangat kecewa................. motornya telah dirompak sewaktu berada di stesen minyak. a dan b jika c lalu d kerana 15 Kambing itu sedang meragut rumput. Berikut merupakan ayat........ a majmuk b tunggal c pertanyaan d perintah