KATA GANTI NAMA DIRI TINGKATAN 2Online version Murid dikehendaki menjawab semua soalan. by Yumni Safiah 1 Antara berikut, yang manakah kata ganti nama diri pertama? a Dia b Mereka c Saya d Kita 2 Pasukan bola sepak ______ akan bertanding dalam kejohanan peringkat negeri minggu depan." Berikan kata ganti nama yang sesuai untuk melengkapkan ayat di atas. a Kami b Mereka c Kita d Engkau 3 “Adik membeli raket dan bulu tangkis ini di kedai sukan." Kata ganti nama tunjuk yang digunakan dalam ayat tersebut ialah: a itu b ini c tersebut d sana 4 Antara ayat berikut, yang manakah menggunakan kata ganti nama diri kedua? a Adakah awak telah menyertai larian amal itu? b Saya suka bersukan pada waktu petang. c Mereka sedang bermain bola tampar di pantai. d Ini adalah hadiah kemenangan kami. 5 “Ini adalah jersi pasukan kebangsaan yang baharu." Perkataan 'ini' dalam ayat tersebut ialah: a Kata ganti nama diri pertama b Kata ganti nama diri kedua c Kata ganti nama tunjuk d Kata ganti nama diri ketiga 6 "Kami telah memenangi pertandingan bola sepak tersebut." Perkataan 'kami' dalam ayat tersebut ialah: a Kata ganti nama diri pertama b Kata ganti nama diri kedua c Kata ganti nama diri ketiga d Kata ganti nama diri tunjuk 7 Manakah antara berikut contoh kata ganti nama tunjuk yang sesuai untuk merujuk sesuatu yang jauh? a ini b itu c sana d situ 8 “Engkau patut bersedia dengan strategi baharu dalam permainan badminton kita nanti." Yang manakah perkataan kata ganti nama diri pertama? a Dia b Mereka c Kita d Engkau 9 “Jersi ini lebih cantik daripada jersi itu." Perkataan 'ini' dan 'itu' ialah contoh: a Kata ganti nama diri kedua b Kata ganti nama diri tunjuk c Kata ganti nama diri ketiga d Kata ganti nama diri pertama 10 "Para pemain bola jaring itu memakai jersi biru semasa perlawanan." Kata ganti nama tunjuk dalam ayat tersebut ialah: a ini b itu c sana d sini