Penulisan Berpandu dan Penulisan TerkawalOnline version BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu -Disediakan oleh Kumpulan 5 (The Smurfs) by Nicole Jilo 1 Apakah persamaan utama antara penulisan terkawal dan penulisan berpandu? a Kedua-duanya memberi kebebasan penuh kepada murid b Kedua-duanya hanya sesuai untuk murid sekolah menengah c Kedua-duanya tidak memerlukan bimbingan guru d Kedua-duanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis 2 Dalam penulisan terkawal, peranan guru adalah ... a Membimbing murid untuk menambah idea sendiri b Menyediakan rangka karangan sahaja c Memberi arahan penuh termasuk isi dan struktur ayat d Membiarkan murid menulis bebas tanpa panduan 3 Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan penulisan berpandu dalam pengajaran bahasa Melayu? Choose one or more answers a Murid dapat mengembangkan idea berdasarkan rangka atau bahan yang diberi b Murid lebih kreatif kerana diberi ruang menambah isi sendiri c Murid tidak perlu menggunakan tatabahasa langsung d Murid lebih yakin kerana ada panduan asas 4 Apakah kelemahan utama penulisan terkawal? a Murid tidak mendapat bimbingan langsung daripada guru b Murid tidak dapat menggunakan tatabahasa dengan betul c Murid sukar memahami struktur ayat d Murid kurang kreativiti kerana terlalu bergantung pada arahan guru 5 Mengapakah penulisan berpandu sesuai untuk murid yang sudah menguasai asas menulis? a Kerana murid bebas menulis tanpa panduan b Kerana murid tidak perlu menggunakan tatabahasa c Kerana murid dapat mengembangkan idea berdasarkan rangka atau bahan yang diberi d Kerana murid boleh menyalin ayat guru