Apitan Pe...anOnline version Memilih jawapan yang betul. by Norhashikin Salim 1 Guru besar menyuruh para pelajar berkumpul di dewan kerana ada _______________ (umum) yang akan dibuat. a pengumuman b perumuman 2 Berkat ketekunannya mengkaji pelajarannya, Salmi telah lulus dengan cemerlang dalam _______________ (periksa) itu. a peperiksaan b pemeriksaan 3 Pada zaman _______________ (perintah) Jepun, ramai bangsa Cina yang telah dibunuh dengan kejam. a pemerintahan b peperintahan 4 Bapanya bekerja sebagai buruh di sebuah _______________ (labuh) untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. a perlabuhan b pelabuhan 5 Pengerusi majlis itu sedang memberi taklimat dan _______________ (terang) kepada para hadirin. a penerangan b perterangan 6 Kita haruslah menghargai segala _______________ (korban) ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan kita. a perkorbanan b pengorbanan 7 _______________ (pilih) ahli jawatankuasa untuk tahun hadapan telah bermula sejak pagi tadi. a perpilihan b pemilihan 8 Masalah _______________ (angkut) awam di kawasan perumahan itu perlu diatasi dengan segera. a perangkutan b pengangkutan 9 Kita harus mendapatkan _______________ (sah) daripada pihak atasan sebelum projek tersebut dapat dijalankan. a pesahan b pengesahan 10 Dalam _______________ (adu) tentang satu pergaduhan itu, Azmi tidak berpihak kepada sesiapa pun. a pengaduan b peraduan 11 _______________ (selisih) faham itu dapat diselesaikan akhirnya apabila salah seorang daripada mereka mengalah. a perselisihan b penyelisihan 12 Kita perlu mendapatkan _______________ (lindung) dalam apa jua aspek kehidupan. a perlindungan b pelindungan